Gigi jarang dan kecil saiznya.
Suka menilai diri orang lain dan pasti ada saja yang tidak kena pada orang yang dinilainya. Walaupun dia suka menilai oranglain, dia tidak suka jika oranglain menilai atau mengkritik dirinya. Bila berhujah dan bertengkar, dia sukar mengaku kalah walaupun dia memang salah.
Gigi bersaiz sederhana dan elok tersusun.
Baik hati dan suka menolong sesiapa yang minta bantuan. Dia mahu oranglain merasa gembira dan bahagia. Sesiapa yang mempunyai kawan atau kekasih seperti ini akan merasa beruntung.
Gigi besar dan jarang-jarang.
Bersifat iri hati melihat kejayaan orang lain dan mungkin menyimpan perasaan dengki. Dia mungkin keras kepala dan merajuk jika kemahuannya tidak dituruti. Namun begitu, semangatnya kental dan dia sanggup lakukan apa saja bagi mempastikan dia memperolehi apa yang diinginkannya. Sesiapa yang berkawan atau berkasih dengannya harus banyak bersabar dengan kerenahnya.
Gigi jongang dan bersaiz kecil.
Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain. Walaupun agak keras kepala, tapi keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding.
Gigi jongang dan bersaiz besar.
Perlu banyak bersabar kalau punya teman atau kekasih sepertinya. Mulutnya sedikit celupar, mudah mengeluh, seakan-akan tidak pernah puashati dengan apa yang dimilikinya. Namun begitu, sikap inilah yang mendorongnya agar berusaha menjadi orang yang berjaya, menyebabkan dia menjadi aktif dan rajin.
Gigi tidak tersusun.
Walaupun giginya dianggap kurang cantik tapi budi pekertinya baik. Dia adalah teman bicara yang amat memahami, tempat meluahkan hati, sentiasa mendengar dan memberi nasihat serta pandai membahagiakan oranglain. Dia berpengetahuan luas. Tapi sikapnya agak kebudak-budakan dan kadangkala merimaskan.
Gigi seolah-olah masuk ke dalam.
Dia seorang yang agak pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar dirinya. Agak pasif, pendiam dan tidak begitu pandai bergaul. Dia pandai menyimpan rahsia dan hanya akan menceritakannya kepada orang yang benar-benar dipercayai.
Gigi kecil dan tersusun.
Selalunya pemilik gigi ini berwajah keanakan (cute). Suka menolong orang dan cakapnya boleh dipercayai. Dia adalah seorang kekasih yang hebat
Thursday, January 7, 2010
~AnDa DalAm GoL0ngAn GiGi YanG MaNa~
Posted by RIzaL90 at 11:56 PM 2 comments
Labels: gigi, personaliti
Tuesday, January 5, 2010
KeLeBihaN daN KeKuRaNGan aNtArA KaU Dan Aku
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.
Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH
di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Posted by RIzaL90 at 2:21 AM 0 comments
Labels: agama, tanggungjawab
Monday, January 4, 2010
~SelaMat TahUn Baru 2010~
Selamat tahun baru kepada semua umat manusia...
thun baru ni rase cm thun2 lame jgak yang beza umur dn thun mkin bertambah..blaja pun tingal lg setahun setengah je..lpas ni smbung degree lah pulak..
macam biase bile semua org dah masuk kolej,university aku lah pling lambat skali..
Aswara belum bukak pendaftaran lg..11.1.2010..
k lah tu je kot untuk post kali ini..
tata..hingga berjumpe lg..
assalamualaikum..dan salam sejahtera..
Posted by RIzaL90 at 11:47 PM 0 comments
Labels: new year