THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 9, 2009

BaRang KitaR sEmuLa-09/11/2009

Kadang-kadang kite tau yang surat khabar lame di kitar semula jadi kertas baru..
botol kaca jadi botol baru..
plastic jadi barang baru..
dan macam-macam lagi..
dan macam mana pula senapang a.k.a pistol di kitar semula jom tgok..hehehe....





P/s: kreatif btol..hahaha..aku pun tak sngke senapang leh jd cntik mcm ni..tp takde jual lah kat malaysia

Thursday, February 19, 2009

~CaRa-CaRa NaK DaPaT TopUP 1O pAkai SaMpAi SebUlaN~



kebanyakan kata pakai line..lagi jimat dari prepaid..tapi korang mesti tekejut dengan apa yang bakal aku ceritakan ni..walaupun korang cume topup Rm10 tapi boleh tahan sampai sebulan..dn takan ditolak baki acount korang tu..msg lah dan kol lah sampai muntah..


Rezeki kot aku terjumpa lah pakcik aku ni..die kire sedara jauh gak lah..aku pangil pak cu je..
borak2 timbul cerita pasal hp..pastu die cerita cara nak crossing account kire macam hack gak lah..die leh gune untuk semua penguna..tapi trick dalam setahun leh pki 3 kali je x leh lebih..kalau lebih nanti dorg detect secara rasmi nye korg dh x leh pki hanphone dh gune public jelah ye..:-)

K lah aku terang secara simple dn paling senang...


timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..


1) beli topup RM 10... gesek & ready.


2) korg type
< ** REC 10 > , then send to 09901

3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.


4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902


5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903

6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau" hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu..terguris hati aku..kadang2 dorg balas lagi kesat malah teruk..gile smpi leh rase dh x nk pakai hp sbab malu beb..sampai leh menitis air mata..

P/S:Berusaha lah bukan semua dalam dunia ni senang untuk kite perolehi dengan jalan
mudah..
dan jika kita berusaha kejayaan itu akan lebih bermakna jika dibina dengan
usaha yang
gigih.

Friday, February 6, 2009

~HaSil KaRya DiwAKtu KeboSAnaN MeLAndA~

Hari ni Aku bosan tetibe ternampak
kaler pensil (luna)adik aku.
aku pun conteng-contenglah tangan tak de keje
korang tengok lah hasil seni diwaktu sengang yang bosan ni..
gambar-gambar ni aku amik mengunakan kamera hp jadi tak berapa terang..
aku amik inisiatif untuk edit sikit..ok..lihat-lihat lah ye..
..............................................................................................................................................................


~gambar.1~

~Gambar.2~

~Gambar.3~

~Gambar edit.1~

Ni adalah gambar yang aku edit mengunakan
kedai gambar adobe (adobe photoshop
)..
......................................................................................................................

p/s:Kadang-kadang setiap bende yang kita pandang remeh terhadap nya merupakan
suatu seni yang begitu menyeronokan..:-)

Thursday, February 5, 2009

~TandAs Di Switzerland~

~BlaH LuAR~



Cantikan tandas die..kalau letak dekat tengah taman kat malaysia ni pun cantik je..buat landscap tepi-tepi tu...hehehe

~DkaT beLah DalAM nye~


die menggunakan cermin dua arah..dimana org luar tak boleh nampak korg..
..SANGUP TAK KORANG NAK GUNA..


p:s/ni aku dpt dari emel dah lame dah lame dah leh lah kongsi-kongsi ngan korang

Wednesday, February 4, 2009




Pertama : Tekanan


i. Tekanan yang kuat

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan

· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri

· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak

· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang

· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat

· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna

· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi

· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah


· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah


· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

P:s/tulisan mencermin kan peribadi..tengok tulisan comot dengan kotor je dh tau org tu mesti pemalas..hehehe

~AnaLYsis PerCiNtaAN MEngikUt bUlaN KelAhiRaN~



Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------


Februari

- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

------------ --------- --------- --------- --------- ----

Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- -----

April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -


Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).

- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

------------ --------- --------- --------- --------- -

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hat i pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- --

Julai
- Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai. - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Su ka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan.
------------ --------- --------- --------- --------- -

Ogos

- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

------------ --------- --------- --------- --------- --

September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

------------ --------- --------- --------- --------- ------


Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- -

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak d egil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- ---

Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

P:s/analisis ini ada lah pandangan semata-mata segala persamaan tidak di ketahui kesahihannya

Sunday, January 4, 2009

~TaHUkaH aNDa.....!!!!!!!!!!~

Tahukah anda bahawa banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui tetapi sebenarnya ada dan berlaku.? untuk membuktikan perkara itu jom kita baca sama² info dibawah ni.

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Seorang manusia yang normal tidak boleh menjilat siku nya sendiri.

25. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

26.Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

27. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

28.Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

29. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

30. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?

32.Hampir kesemua pembaca fakta ini akan cuba menjilat sikunya sendiri.

P/s:aku pun sobonar nyo tak porasan yang no:8 tu

~Cuti-cuti MalAysia Di mElaKA~1 jan 09 - 2 jan 09


~Di DepAn mUziUm KenCantikan MelakA~

Ni lah masa aku cuti malaysia kat melaka aritu..ni sume adik beradik aku..dan aku yang paling tua..
kat melaka ni banyak tempat bersejarah..Al-maklum lah Melaka bandar bersejarah..
Hah ni nak tanye ni..kenapa ya kite mesti jaga tempat bersejarah ni..kenapa tak biar kan je..???

Mestilah kena jage kalau tak jage hilang lah kesan-kesan sejarah..kalau anak-anak muda belajar sejarah..tapi bukti sejarah dah takde same je lah macam bace buku cerita silap-silap kalau tak jaga tempat bersejarah ni..lagi puluh-puluh tahun ada bace buku sejarah macam buku dongeng(bed time story) sebab takde bukti yang menunjuk kan kesan sejarah..
Jadi aku memang sokong sangatlah kerajaan Malaysia ni menjaga tempat bersejerah ni..selain dapat menambah ilmu pengetahuan rakyat Malaysia..dapat juga menamah pendapatan negara dengan kemasukan para pelancong asing di Malaysia..

"MALAYSIA TERUS MAJU DENGAN
SOKONGAN RAKYAT-RAKYAT NYA"

Di sini aku sedia kan beberapa gambar sepanjang percutian aku di Melaka..

~bErsaMA aBAng beCA~

~KeREtaPI rOSak toLOng!!!~

~kApaL tOrObaNG~



p/s: Melawat Melaka Bermaksud Melawat Malaysia...

Saturday, January 3, 2009

~Suatu Permulaan DidalAm BlogSpot.com~

Assalamualaikum wr hw..dan selamat sejahtera...
bersyukur kita kehadrat Illahi yg telah memanjangkan umur kita hingga ke tahun baru 2009..
ibarat kata perpatah "buang yang keruh,Ambil yang jernih"
bersama lah kita melupakan apa yang telah berlaku pada tahun 2008 dan mula kan sesuatu yang barupada tahun 2009 ini dengan Azam dn tekad yg kuat untuk mengubah diri..

ok..Sedikit sebanyak tentang diri aku...sebenar nya dah lame dah buat ni..tapi tak penah nak update..nak kate tak banyak masa banyak sesangat..nak kate bz..lapang sesangat..senang cite malas lah..:-)..
ok lah pada tahun 2009 aku telah pun berumur 19 thun..dan masih blaja dalam bidang muzik..
di AKEDEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN..tahun 1 semester 2...

ok sekian saja..